Pemergian yang dicemburui, jemaah umrah rebah ketika baru tiba di KLIA

Pemergian yang dicemburui, jemaah umrah rebah ketika baru tiba di KLIA

Kematian merupakan sesuatu yang tidak dijangka. Namun, jika ia sudah ditetapkan, cepat atau lambat pasti akan tiba juga waktunya.

Hal tersebut samalah seperti perkongsian seorang pendakwah selebriti iaitu PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim telah memuat naik posting berkaitan jemaah umrah yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi muat naiknya, dia telah memaklumkan seorang jemaah umrah wanita yang rebah di lapangan terbang sewaktu baru tiba dari Tanah Suci dan meninggal dunia.

Tambah PU Amin lagi, jemaah tersebut masih dikategorikan sebagai tetamu Allah memandangkan allahyarham belum pulang ke rumahnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata menyedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham.

Mereka juga menzahirkan rasa duka dalam pada masa yang sama kagum dengan cara pemergiannya yang meninggal dunia selepas pulang dari umrah.

 

 

Sumber: Instagram PU Amin

Scroll to Top