Burger untuk anak asnaf [METROTV]

Rantau Panjang: Badan bukan kerajaan (NGO) Thirdforce menyampaikan sumbangan 100 burger semalam, kepada anak-anak asnaf sebagai kelainan berbanding mengedarkan barangan keperluan biasa sebelum ini.

Wakil Thirdforce Rantau Panjang, Tuan Zaimah Raja Omar berkata, burger yang jarang dinikmati anak kurang berkemampuan itu nyata menggembirakan mereka.

“Sesuatu yang memuaskan apabila kita melihat keterujaan anak-anak ini beratur mendapatkan burger. Selain burger, kami edarkan juga tabung serta pelitup muka untuk kegunaan mereka.

“Selain burger, kami pernah mengedarkan piza, jagung manis, KFC dan McDonald’s yang mana kami usahakan menu berlainan pada setiap minggu,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan di Bilik Gerakan Thirdforce Rantau Panjang, semalam.

Tuan Zaimah berkata, sumbangan itu adalah hasil sedekah orang ramai yang menyalurkan bantuan melalui Thirdforce.

“Insya-Allah, usaha sebegini akan terus dilaksanakan selagi kami mendapat sokongan daripada penyumbang,” katanya.

TUAN Zaimah memberikan burger kepada pasangan kembar, Harriz Aniq Boonnam dan Harraz Anat Boonnam, 4, di Bilik Gerakan Thirdforce Rantau Panjang, semalam. FOTO Syaherah Mustafa
TUAN Zaimah memberikan burger kepada pasangan kembar, Harriz Aniq Boonnam dan Harraz Anat Boonnam, 4, di Bilik Gerakan Thirdforce Rantau Panjang, semalam. FOTO Syaherah Mustafa

Scroll to Top