Nama penyanyi lagu berjudul Tak Ingin Usai, Keisya Levronka menjadi sorotan di kalangan warganet negara seberang apabila suaranya dikatakan sering ‘terkuncil’ setiap kali menyanyikan lagunya sendiri.
Difahamkan Keisya terkuncil sebanyak tiga kali setiap kali dia menyanyikan lirik ‘Ku menanti ku tak kembali’. Namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus kekal dalam industri nyanyian. Mana tidaknya, lagu tersebut tetap menerima sambutan menggalakkan sehingga menjadi runut bunyi di aplikasi TikTok.
@guakullanjir123 Kasih pendapat dong guys 🤔 #keisyalevronka #takinginusai #takinginusaikeisyalevronka #insert #fyp #fypシ #fypdongggggggg
@skuyy.living13 @keisya levronka 💖 #takinginusai #keisyalevronka
@byunaylie Katanya sih ini live perdana keisya bawain lagu Tak Ingin Usai… Lagu yg kuputar 100x wkt lagi mandi🫶🏻🥹✨🫠 #keisyalevronka #takinginusai
Setelah sekian lama menyepi daripada berkongsi cover lagu, penyanyi cantik Nabila Razali tampil dengan menyanyi semula lagu Tak Ingin Usai dalam versi akustik. Meskipun pernah senasib (nyanyi terkuncil) dengan Keisya, Nabila tetap tenang membawakan lagu tersebut dengan baik sekali.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali @ikmalzynn, dilihat penyanyi berusia 30 tahun itu begitu asyik menyanyi lagu tersebut dalam keadaan terduduk dengan penuh penjiwaan yang luar biasa.
@ikmalzynn Tak ingin usai by @nabila.razalii #fyp #nabilarazali
Perkongsian nyanyian daripada Nabila Razali itu menerima banyak respon positif di mana ramai memuji suaranya yang dilihat mempunyai peningkatan dari sebelumnya.



Sumber: TikTok ikmalzynn, @byunaylie, @skuyy.living13, @guakullanjir123





