Kediaman kondusif dan mapan, ciri utama kediaman EcoWorld

Kediaman kondusif dan mapan, ciri utama kediaman EcoWorld

SETIAP individu mengimpikan rumah yang selesa sebagai tempat berlindung dan membina keluarga harmoni.

Antara ciri-ciri yang sering menjadi pilihan adalah persekitaran yang selesa, kondusif dan nyaman selain dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan.

Bukan sahaja menawarkan kediaman yang memenuhi keperluan gaya hidup masa kini, setiap perbandaran EcoWorld turut dibangunkan mengikut DNA reka bentuk, alam semula jadi, dan seni tersendiri. 

Kepelbagaian konsep DNA bagi setiap perbandarannya menjadikan EcoWorld lebih eksklusif dengan gabungan unsur-unsur moden dan alam semula jadi.

Tidak asing lagi, Eco World Development Group Berhad, pemaju hartanah tersenarai awam Malaysia menawarkan ciri-ciri berikut dengan konsep rumah inovatif, pembangunan taman perniagaan yang hijau dan bersih terbesar di Malaysia.

Kediaman kondusif dan mapan, ciri utama kediaman EcoWorld

EcoWorld melaksanakan kempen Together We Create untuk meneroka idea rumah untuk semua generasi dan melengkapkan gaya hidup serta memupuk komuniti yang berkembang maju dan mampan. 

Ia juga diinspirasikan oleh pengguna bagi memenuhi keperluan dan kediaman impian mereka.

Di EcoWorld, impian anda bakal direalisasikan dengan kediaman berkonsepkan reka bentuk dan inovasi hijau yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan landskap indah.

Eco Grandeur @ Puncak Alam, Lembah Klang

Perbandaran Eco Grandeur dicipta untuk menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman hidup di taman. 

Perbandaran yang berkembang pesat ini menarik untuk pemilik perniagaan dan penduduk kerana terdapat banyak peluang perkembangan yang tersedia.

Selain itu, Eco Grandeur dengan keluasan 1,400 ekar ini terletak di bahagian barat laut Lembah Klang di daerah Puncak Alam yang sedang pesat membangun.

Perbandaran ini sangat strategik, terletak hanya 35 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur melalui Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR). 

Bukan itu sahaja, lebuh raya utama lain yang bersambung ke Eco Grandeur adalah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), dan dua lebuh raya akan datang yang sedang dalam pembinaan – Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH), dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE).

Perumahan Eco Grandeur ini memiliki pusat komersial tersendiri, iaitu Grandeur Labs dan Esplanad. 

Grandeur Labs direka khusus sebagai pusat komuniti yang menggabungkan gaya hidup dan kemudahan seperti INK Library Café dan Andra Café; Starbucks, Subway, Jaya Grocer, Farmasi Caring, Sangkaya, Gong Cha, Sushi King, Kedai Cermin Mata, restoran Steamboat, restoran makanan Thai, TREX Bike Park dan lain-lain. Di Esplanad juga terdapat kedai-kedai yang dapat memenuhi kemahuan masing-masing, seperti Secret Recipe, stesen minyak, klinik, klinik haiwan peliharaan, kedai perabot, dan banyak lagi! 

Keselamatan di Eco Grandeur adalah terjamin dengan kawasan berpagar dan  keselamatan yang dikawal oleh unit polis bantuan pemaju sendiri, Polis Bantuan EcoWorld.

Rumah Berkonsep Inovasi oleh Eco Grandeur

Regent Garden @ Eco Grandeur menawarkan dua jenis rumah inovasi iaitu Co-Home dan Garden Homes. 

Bagi mereka yang inginkan privasi dan ruang rumah yang mencukupi, kediaman Co-Home mungkin menarik minat anda dengan konsep tersendiri yang inovatif. Co-Home adalah rumah dua tingkat yang boleh dipunyai oleh dua pemilik yang berbeza. Ia dilengkapi dengan tiga bilik dan dua bilik air serta dua tempat letak kereta sebelah menyebelah.

Ia paling sesuai untuk pasangan muda yang ingin tinggal berhampiran dengan ibu bapa, tapi pada masa yang sama inginkan privasi. Co-Home merupakan pilihan terbaik untuk anda sekeluarga.

Garden Homes pula adalah rumah berkonsep gabungan antara Semi-D dan rumah teres. Setiap unit mempunyai side-garden peribadi seluas lima kaki, termasuk unit tengah. Unit Garden Homes menawarkan gaya hidup dalaman dan luaran rumah yang terbaik. Ia dilengkapi dengan empat bilik dan tiga bilik air serta tempat letak kereta yang luas.

Regent Garden @ Eco Grandeur ni dilengkapi dengan taman persendirian, berpagar dan mempunyai kawalan pengawal keselamatan. 

Harga rumah Co-Home bermula daripada RM465,000* dengan ansuran sebanyak RM1,700* sebulan manakala harga Garden Homes bermula daripada RM736,000* dengan ansuran bulanan daripada RM2,700*. 

Mencari pakej rumah idaman atau pakej perniagaan? Layari laman web EcoWorld atau hubungi wakil jualan untuk maklumat lanjut. *Tertakluk kepada terma & syarat

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top