Selebriti dan usahawan terkenal, Ifa Raziah sememangnya kerap berkongsi perkembangan dan aktiviti hariannya di media sosial.
Kadang kala, dia juga turut membuat live mempromosikan perniagaannya disamping berinteraksi dengan peminat di Instagram serta TikTok.
Kali ini, penyanyi tersebut telah memuat naik video sewaktu dirinya melakukan rutin harian iaitu bersenam.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilannya yang cantik walaupun tanpa mengenakan sebarag mekap. Dia juga dilihat memakai heels dan membuat senaman menggunakan alat senaman yang menarik.
@ifa_raziah #missdiva #ifaraziah #terpalingviral #trending #fyp #fouryoupage #tiktok #tiktokviral #serifabeauty #starvendors #teamifaraziah #ifaraziahdivas @Starvendors @Ifa Raziah Divas
Menjengah ke ruangan komen, ada warganet yang menyamakan wajah selebriti usahawan itu dengan penyanyi dari Korea Selatan yang popular dengan lagu, Zoom, iaitu Jessi.


Tak hanya itu, mereka juga turut memuji penampilan Ifa Raziah yang tetap cantik walaupun tampil dengan wajah natural tidak seperti di televisyen.
Warganet juga seakan tertarik dengan alat senaman yang digunakan selebriti berkenaan serta teringin untuk mendapatkannya kerana memudahkan urusan rumah tangga disamping boleh menjaga kesihatan.



Melihat dari perkongsian-perkongsiannya di media sosial, Ifa Raziah dilihat semakin cantik dan langsing walaupun sudah menjangkau usia 47 tahun.
Ia nampak lebih segar dan sihat selepas berjaya menurunkan berat badan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sumber: TikTok Ifa Raziah





