PASCA pandemik menyaksikan digitalisasi terus mendapat tempat dalam dunia perniagaan.
Jika dahulu pelanggan selesa membeli-belah secara fizikal, tetapi kini segalanya berubah apabila lebih ramai pengguna memilih platform digital dan e-dagang.
Justeru, bagi memastikan perniagaan kekal relevan, usahawan tidak boleh berdiam diri sebaliknya perlu mencari cara untuk mendigitalkan perniagaan mereka dengan segera.
Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), digitalisasi mungkin terlihat sukar kerana sering dimomokkan dengan kesukaran mengendalikan peranti moden yang berteknologi canggih.
Malah, ada juga peniaga yang takut untuk mengadaptasi perniagaan digital kerana beranggapan ia memerlukan kos permulaan yang tinggi.
Prihatin dengan nasib golongan ini, Celcom Business tampil menawarkan penyelesaian digital terbaik buat semua usahawan bagi memudahkan mereka mengembangkan perniagaan.
Produk ditawarkan
Celcom Business berkebolehan untuk memastikan pengguna kekal terhubung melalui pelbagai pelan internet dengan peranti pilihan seperti Celcom MEGA, Business Fiber dan Business Wireless.
Khidmat mudah alih Celcom Business berupaya menyediakan sambungan lancar dengan kelajuan tinggi dan stabil bagi memudahkan urusan pengendalian perniagaan harian usahawan.
Tidak hanya terhad kepada itu, pengguna turut berpeluang meningkatkan kecekapan operasi perniagaan mereka dengan memanfaatkan sistem pengkomputeran awan yang berprestasi tinggi seterusnya membolehkan peniaga melaksanakan optimisasi perniagaan dengan lebih pantas kerana ia boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Selain itu, bagi peniaga yang memerlukan penyelesaian ke arah produktiviti, Celcom turut menawarkan perisian popular seperti Microsoft 365, Google Workspace dan inSuite.
Bagi memudahkan pengurusan kewangan dan transaksi perniagaan pula, pemilik perniagaan disarankan menggunakan kemudahan MESINKIRA, POS atau mPOS.
Menariknya, platform ini membolehkan peniaga menerima kaedah pembayaran tunai, kad, pembayaran digital dan NFC serta ia dilengkapi ciri e-dompet, sistem pengurusan inventori, akaun dan simpan kira.
Dari segi pemasaran, usahawan PKS boleh memanfaatkan pelbagai medium pengiklanan seperti Location Based Advertising (LBA), sistem pemesejan pukal (Bulk Messaging) dan sistem pemesejan sosial (Social Media Messaging).
Kaedah pemasaran seperti ini dilihat sangat berkesan untuk meningkatkan hasil jualan sekali gus berupaya menarik minat lebih ramai pelanggan berpotensi.
Pendek kata, Celcom Business bersedia memastikan pengguna kekal terhubung dengan pelbagai pilihan pelan internet seperti Celcom MEGA, Business Fiber dan ekosistem solusi lengkap yang berupaya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perniagaan anda.
Antaranya, khidmat mudah alih Celcom Business yang berupaya menyediakan sambungan lancar di mana saja anda berada.
Selain itu, anda boleh menikmati ketersambungan berkelajuan tinggi dan berprestasi baik dengan talian tetap, manakala IoT pula mewujudkan mesin pintar dan aset pintar.
Dari segi teknologi awan, anda dapat mengendali dan mentransformasi data melalui pengkomputeran awan dan jaminan keselamatan siber yang melindungi data dan hak milik intelektual.
Perkhidmatan menyeluruh

Dengan penyelesaian digital daripada Celcom Business, usahawan PKS boleh menarik nafas lega kerana dapat menikmati perkhidmatan yang menyeluruh.
Pendek kata, anda tidak perlu bersusah payah mencari penyelesaian digital daripada pelbagai syarikat penyedia lain semata-mata untuk disesuaikan dengan keperluan dan jenis perniagaan anda.
Bagi menambah keyakinan pengguna, Celcom turut bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan dan rakan kongsi bertaraf antarabangsa untuk memastikan solusi digital yang disediakan bermutu tinggi dan berpeluang untuk melihat kes guna perniagaan yang terkini.
Usahawan yang melanggan Celcom Business juga berpeluang mengikuti sesi bimbingan perniagaan menerusi penganjuran webinar secara percuma bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) , Microsoft dan banyak lagi.
Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman sesawang Celcom sekarang.
© New Straits Times Press (M) Bhd




