Hari ini sememangnya ramai yang teruja untuk keluar mengundi memandangkan ia hanya berlaku 5 tahun sekali sahaja. Untuk mereka yang sudah layak untuk mengundi, beberapa perkara perlu diambil perhatian supaya tidak berlaku sebarang masalah.
Hal ini samalah seperti yang berlaku kepada selebriti dan juga penyampai radio wanita, Siti Elizad apabila mengalami sedikit masalah kerana tidak menyemak dahulu lokasi mengundi.
Menceritakan kejadian tersebut di Instagram, Elizad memaklumkan yang dia begitu teruja sehingga selepas subuh sudah keluar untuk mengundi.
Sesampai di lokasi pertama, dia telah beratur panjang dan mengikut saluran ditetapkan sehinggalah dimaklumkan namanya tiada dalam senarai mengundi di lokasi tersebut.
Rupanya, dia perlu mengundi di sekolah menengah tetapi dia telah hadir ke sekolah rendah.

Insiden tersebut telah menjadi bahan gelak tawa rakan-rakan selebriti serta peminatnya di ruangan komen kerana terhibur dengan ragam Elizad yang teruja keluar mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) ini.
Ada juga yang berseloroh mengatakan nasib baik dia hanya salah lokasi mengundi dan tidak salah ke siaran radio tempatnya bertugas.





Macam-macam kerenah rakyat Malaysia keluar mengundi hari ini kan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar sehingga keputusan PRU15 nanti diumumkan.
Sumber: Instagram Siti Elizad




