MELANCONG di dalam atau luar negara semestinya menjadi salah satu peluang yang paling dinanti ramai terutamanya selepas beberapa tahun kita tidak dapat melancong kerana sekatan pandemik yang melanda dunia.
Sebelum melancong, banyak perkara perlu dititikberatkan terutamanya keselamatan dan risiko jangkitan penyakit yang mungkin berlaku di negara yang di lawati.
Seperti COVID-19, terdapat pelbagai virus lain yang boleh menyerang manusia apabila individu melancong ke negara yang berbeza dan mempunyai risiko kesihatan berlainan serta suntikan vaksin yang pelbagai.
Kebiasaannya vaksin harus diberikan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum perjalanan, bagi memberikan masa untuk vaksin bertindak balas.
Berdasarkan kajian ResearchGate, influenza (flu) adalah salah satu penyakit berjangkit yang paling lazim dalam kalangan pelancong.
Oleh itu, adalah penting untuk kekal dilindungi daripada penyakit, sama ada semasa bercuti di luar negara atau melancong di dalam negara, kerana risiko terdedah kepada penyakit berjangkit daripada pelancong yang melawat Malaysia dari negara lain.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak influenza (flu) tahunan di seluruh dunia adalah dianggarkan tiga juta hingga lima juta kes penyakit teruk dan kira-kira 290,000 hingga 650,000 kematian1.
Menurut Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan di Malaysia kadar kemasukan pesakit dengan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) telah meningkat sejak Disember 2019.
Antara faktor penyebaran jangkitan ini adalah kes influenza (flu) melalui perjalanan antarabangsa, kelonggaran SOP COVID-19 dan sekatan sosial.
Influenza (flu) dan COVID-19 adalah virus pernafasan yang merebak dengan cara yang sama, melalui titisan dari hidung atau mulut daripada orang yang dijangkiti apabila terdedah kepada batuk, bersin, bercakap atau bernafas2.
Jangkitan sama turut boleh berlaku melalui permukaan yang tercemar apabila titisan ini tersebar pada permukaan sekeliling3.
Ramai menganggap dan memandang remeh simptom influenza (flu) seperti selesema biasa, namun sebaliknya ia boleh memberi kesan komplikasi serius seperti radang paru-paru dan jangkitan telinga4.
Langkah pencegahan awal
Antara saranan pencegahan awal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah menggalakkan orang ramai mendapatkan vaksin dan mengambil langkah sewajarnya, seperti rutin penjagaan kebersihan, menjaga penjarakan sosial, sanitasi tangan dan memakai topeng muka boleh mengurangkan risiko penyebaran influenza (flu).
Selain rutin penjagaan kebersihan, individual juga boleh menggunakan antiviral sama ada secara profilaktik atau sebagai rawatan awal.
Pencegahan utama yang perlu di dititikberatkan adalah melalui saranan vaksinasi untuk semua individu dewasa yang terbukti dapat mencegah risiko jangkitan5.
Walaubagaimanapun, menurut Pengerusi Kumpulan Kerja Influenza Malaysia Prof Dr Zamberi Sekawi, di Malaysia ramai orang dewasa yang jatuh sakit dan meninggal dunia akibat influenza (flu)6.
Bagaimanapun, hanya sebilangan kecil yang memilih untuk mendapatkan suntikan tahunan mereka, dengan anggaran bagi kadar vaksinasi influenza (flu) di Malaysia sekitar tiga peratus7 sahaja.
Simptom-simptom virus ini adalah seperti demam, batuk kering dan keletihan serta kesukaran untuk bernafas atau terasa seperti ditekan di bahagian dada dan pergerakan yang terhad.
Tambah Prof Zamberi, influenza (flu) turut meningkatkan risiko mendapat serangan jantung kali pertama sebanyak 10 kali di kalangan orang dewasa seawal umur 40 tahun8.
Individu berusia mempunyai risiko lebih bahayai di mana sehingga 85 peratus daripada semua kematian yang berkaitan dengan influenza (flu) berlaku dalam kelompok umur 65 tahun dan ke atas9.
Tambah Prof Zamberi, beliau menyarankan semua warga emas supaya berbuat demikian dan warga emas perlu diberi keutamaan dalam mendapatkan vaksin influenza tahunan ini.
Pakar di seluruh dunia turut mengesyorkan pengambilan vaksin influenza (flu) tahunan sebagai kaedah paling berkesan untuk mencegah10.
Vaksin influenza (flu) adalah alternatif selamat dan sekiranya seseorang individu dijangkiti, kebiasaanya pesakit boleh sembuh dalam masa satu hingga dua minggu.
Oleh itu, penting untuk mendapatkan perlindungan awal melalui suntikan vaksin influenza (flu) sebelum melancong terutamanya di negara empat musim bagi memastikan diri anda dilindungi dan mengurangkan risiko gejala berpanjangan.

Untuk membantu lebih ramai orang, Garis Panduan Imunisasi Dewasa Malaysia menyarankan vaksinasi untuk semua orang berumur 18 tahun dan ke atas bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih masalah kesihatan, mereka yang berumur 50 tahun ke atas, wanita hamil, individu obes dan mereka yang berada institusi penjagaan.
Selain itu, vaksinasi juga disarankan untuk kakitangan penjagaan kesihatan, ahli keluarga, penjaga individu yang berisiko tinggi serta yang menunaikan ibadat dalam ziarah keagamaan.
Hubungi doktor dan lawati klinik kesihatan berdekatan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pencegahan influenza (flu) dan cara kekal selamat sambil menikmati percutian anda.
Maklumat lanjut layari https://actoflove.ifl.my/getting-ready-for-that-big-vacation/.
Rujukan
1. https://www.thesundaily.my/local/influenza-cases-not-expected-to-rise-this-year-end-expert-FY5562575
2. UW Health: Is it Influenza or an Influenza-Like Illness?https://www.uwhealth.org/news/is-it-the-influenza-or-an-influenza-like-illness Accessed 14 July 2022.
3. Bokt or SW, Hafner JW. Influenza. 2022 Jul 18. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2022 Jan–. PMID: 29083802.]
4. Centers for Disease Control and Prevention. Influenza (Flu): What You Need to Know, https://www.cdc.gov/flu/about/keyfacts.htm. Accessed 12 July 2022.
5. Steffen R, Behrens RH, Hill DR et al. Vaccine-preventable travel health risks: what is the evidence—what are the gaps?. J Travel Med 2015; 22: 1–12.
6. Guidelines for Adult Immunisation (3rd Edition). https://adultimmunisation.msidc.my/
7. Ipsos. Perspectives on Influenza in Older Adults in Malaysia, https://www.ipsos.com/sites/default/files/ct/publication/documents/2021-05/Perspectives%20paper_Malaysia%20Flu_Final.pdf. Accessed 1 June 2022.
8. Udell JA, Zawi R, Bhatt DL, et al. Association between influenza vaccination and cardiovascular outcomes in high-risk patients: a meta-analysis. JAMA. 2013;310(16):1711-1720. doi:10.1001/jama.2013.279206
9. US Centers for Disease Control. Influenza (Flu): Adults 65 and Over, https://www.cdc.gov/flu/highrisk/65over.htm. Accessed 12 May 2022.
10. World Health Organization. Influenza (Seasonal), https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/influenza-(seasonal). Accessed 12 July 2022.
© New Straits Times Press (M) Bhd




