saufi@mediaprima.com.my
Pengeluar barangan elektronik gergasi, LG Electronics (LG) mengumumkan bahawa proses kemaskini perisian untuk peralatan rumah dengan sistem operasi ‘ThinQ UP’ baru-baru ini menerima pengesahan proses kemaskini perisian daripada UL Solutions.
Pemprosesan kemaskini ciri untuk produk termasuk mesin basuh, pengering dan peti sejuk 27 inci ThinQ UP LG dan didatangkan dengan Pemacu Langsung Kecerdasan Buatan (AI DD).
Pengguna boleh memilih ciri ThinQ UP yang mereka mahu mengikut keperluan dan keadaan unik mereka sendiri.
Presiden LG Electronics Home Appliance and Air Solution, Lyu Jae-cheol berkata, UL Solutions mengesahkan pelancaran dan kebolehpercayaan pemasangan yang membantu menjadikan LG ThinQ UP dan pengalaman pengguna lebih dipercayai dan lancar.
“LG akan terus memperkenalkan ciri ThinQ UP baharu untuk memberikan nilai yang berbeza dan kehidupan yang lebih baik di rumah,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Selain daripada mesin cucian pintar, pengguna peti sejuk ThinQ UP boleh menambah kawalan kecerahan waktu malam serta membolehkan pelarasan pencahayaan peti sejuk pada waktu malam kepada cahaya yang lebih lembut serta tidak menyakitkan mata.
© New Straits Times Press (M) Bhd




