Jarang kongsi momen ketika umrah, Fasha Sandha tiada masa edit ‘posting’

Jarang kongsi momen ketika umrah, Fasha Sandha tiada masa edit ‘posting’

Kira-kira dua minggu yang lalu, pasangan pelakon, Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah berangkat menunaikan ibadah umrah bersama.

Mereka yang juga terlihat begitu fokus ketika berada di Tanah Suci sehingga jarang terlihat posting mereka di media sosial seperti kebanyakan selebriti yang kerap berkongsi momen sewaktu berada disana.

Walau bagaimanapun, menerusi posting terbaru Fasha di Insta Story, dia memaklumkan yang sudah selamat sampai ke Tanah Air setelah sembilan hari berada di Mekah dan Madinah.

Menurutnya, dia dan suami jarang berkongsi momen sewaktu berada di sana disebabkan terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk mengedit sebarang gambar atau video untuk dikongsikan di media sosial.

Walau bagaimanapun, dia dan suami masih berkesempatan untuk merakam beberapa kenangan yang akan dikongsikan tak lama lagi bagi tatapan peminat yang banyak bertanya tentang mereka melalui direct message (DM).

Menjengah keruangan Instagram Aidil pula, kali terakhir dia berkongsi video sewaktu di Tanah Suci adalah pada 22 Januari 2023 dan selepas itu tiada perkongsian daripada mereka berdua.

Untuk rekod, Fasha dan Aidil telah berangkat mengerjakan umrah buat kali pertama bersama-sama pada 20 Januari lalu.

Mereka telah berkongsi gambar sewaktu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berangkat menuju ke Tanah Suci.

Sumber: Instagram Fasha Sandha, Aidil Aziz

Scroll to Top