Makin ‘glamour’! Syamsul Yusof seru orang ramai saling tegur jika terserempak

Makin ‘glamour’! Syamsul Yusof seru orang ramai saling tegur jika terserempak

Baru-baru ini, pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof menyeru kepada orang ramai supaya saling tegur menegur antara satu sama lain jika terserempak tidak kira di mana-mana lokasi sekali pun.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Syamsul di laman TikToknya, dia yang tampak lebih ceria sedang melayani peminatnya untuk mengambil gambar di sebuah stesen pam minyak.

@syamsulyusoffilm

Nampak abg kat luar tu tegur2 lah ye.#TqAllah

♬ bunyi asal – Syamsulyusoffilm – Syamsulyusoffilm

“Nampak abang kat luar tu, tegur-tegur lah ye. Terima kasih Allah,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan semangat dan kekuatan yang dimiliki oleh pengarah yang berusia 38 tahun itu meskipun dia ‘dihimpit’ dengan kontroversi mengenai kemelut rumah tangganya bersama pelakon, Puteri Sarah.

Bukan itu sahaja, ramai yang menyifatkan Syamsul kini sudah semakin mendapat perhatian peminat walaupun dia sebelum ini dia teruk dikecam serta dikritik selepas berkahwin kali kedua bersama seorang wanita yang dikenali.

Dalam pada itu, netizen turut mendedahkan sudah lama menyimpan hasrat untuk berjumpa dengan pengarah hebat itu dan mendoakan agar urusan Syamsul sentiasa dipermudahkan selalu.

Sumber: TikTok @syamsulyusoffilm