Kongsi video senam, Fasha Sandha dipersoal ingatkan dah tutup aurat?

Kongsi video senam, Fasha Sandha dipersoal ingatkan dah tutup aurat?

Tindakan pelakon popular, Fasha Sandha memuat naik satu video memaparkan dia melakukan senaman di laman Instagram mendapat teguran daripada segelintir netizen.

Menerusi rakaman dikongsi, pelakon berusia 38 tahun itu dilihat mengenakan ‘outfit’ serba hitam sambil melakukan beberapa pergerakan senaman yang bertujuan bagi mempromosikan sebuah produk kesihatan.

Walau bagaimanapun, beberapa pengikutnya mempersoalkan penampilan Fasha yang didakwa masih belum menutup aurat selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.

Berdasarkan komen, mereka dilihat seolah-olah kecewa dengan mendakwa penampilan pelakon drama Khilaf Asmara itu ‘masih sama’ walaupun sudah berpeluang menjadi tetamu Allah SWT.

Namun begitu, ada juga individu meminta orang ramai untuk bersangka baik kerana kemungkinan video tersebut dirakam sebelum Fasha berangkat ke Tanah Suci.

Meskipun menerima teguran ramai, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengambil pendekatan untuk tidak membalas sebarang komen pada posting miliknya.

Terdahulu, suami Fasha iaitu Aidil Aziz yang juga aktor mengakui teruja apabila dapat menunaikan umrah buat kali pertama bersama isteri selepas tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal wabak COVID-19.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Scroll to Top