Kasar luaran, Sharnaaz Ahmad dipuji ‘bapa mithali’ hantar Jebat tunai umrah

Kasar luaran, Sharnaaz Ahmad dipuji ‘bapa mithali’ hantar Jebat tunai umrah

Umum sedia maklum dengan kemesraan dan curahan kasih sayang pelakon berbakat besar, Sharnaaz Ahmad terhadap anak tunggalnya, Jebat Jayden, yang kini menginjak usia lima tahun pada Ogos nanti.

Meskipun rumah tangga selebriti kelahiran Pulau Mutiara bersama kakak kepada aktres tersohor, Neelofa iaitu Noor Nabila sudah lama menemui titik noktah, mereka masih berkawan baik demi Jebat.

Malah, Sharnaaz juga akui bahawa anaknya adalah sumber kekuatannya dan siapa dirinya pada hari ini dalam berusaha menjadi seorang yang lebih baik.

Terbaharu, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan keperibadian aktor berusia 37 tahun sebagai seorang bapa bertanggungjawab menghantar anaknya menunaikan ibadah umrah.

Dalam hantaran tersebut, Sharnaaz dilihat melayan kerenah Jebat yang berada dalam baby stroller di hadapan kaunter daftar masuk dekat lapangan terbang.

@seorangnur

Muhammad Bilal tenang je tidur. Semoga semuanya dipermudahkan ❤️ #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca

♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna

Walaupun video berkenaan mengkhususkan kepada anak Neelofa, Muhammad Bilal, namun lain pula jadinya apabila ramai warganet lebih menumpukan akan kelibat Sharnaaz di situ.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Sharnaaz yang sanggup mengetepikan soal kerja demi seorang anak yang bakal berlepas menunaikan ibadah umrah.

Selain itu, ada juga warganet membandingkan sikap Sharnaaz dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang dikhabarkan tidak nampak kelibatnya di lapangan terbang sewaktu anak-anaknya, Syaikhul dan Sumayyah pergi menunaikan umrah.

Sementara itu, ketiadaan kelibat suami Noor Nabila iaitu Engku Emran di lapangan terbang menjadi bualan warganet.

Untuk rekod, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden.

Sumber: TikTok @seorangnur

Scroll to Top