Umum sedia maklum mengenai kemelut antara hubungan pelakon Zarina Anjoulie dengan bekas kekasihnya, Datuk Khazrul Ezley sudah pun menemui titik noktah apabila kedua-duanya saling membuat permohonan maaf.
Mana tidaknya, selepas berperang mulut di media sosial, akhirnya mereka membuat keputusan untuk berdamai dan tidak mahu mempunyai apa-apa masalah sebaik sahaja memutuskan hubungan pertunangan.
Namun begitu, nama Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen sekali lagi apabila memuat naik sebuah gambar di laman Instagramnya bersama seorang jejaka telah mencetuskan tanda tanya ramai.
“Dah mula rindukan dia,” ujar lelaki misteri itu dalam hantaran tersebut beserta emoji bentuk hati dan menangis.
Bagaimanapun, pelakon yang berusia 35 tahun itu bertindak menutup ruangan komen menyebabkan netizen tidak dapat memberi sebarang reaksi pada hantaran tersebut.
Perkongsian tersebut telah membuatkan peminat Anju terpinga-pinga mengenai statusnya bersama lelaki misteri itu sama ada kekasih baharunya atau hanya sekadar kawan.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila bekas tunang Anju iaitu Khazrul telah membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan mereka dan hanya mahu meneruskan hubungan sebagai sahabat baik.
Sumber: Instagram @anjoulielavocah1






