KETIBAAN bulan Ramadan amat dinantikan umat Islam dan kebanyakan mereka akan membuat persiapan awal bagi menyambut kehadiran bulan penuh keberkatan ini.
Selain menahan lapar dan dahaga, bulan Ramadan turut mengajar umat Islam untuk menggandakan kebaikan serta meninggalkan perkara tidak baik termasuk tabiat yang memudaratkan kesihatan seperti merokok.
Menahan keinginan merokok selama 14 jam pastinya mencabar bagi perokok memandangkan tempoh berpuasa yang lama akan membuatkan keinginan merokok semakin kuat dan kadangkala sukar dibendung.
Namun, sekatan ini mampu memberikan motivasi yang diperlukan kepada individu yang ingin berhenti merokok.
Sokongan pakar, ubat bantu atasi ketagihan
Jika ingin berhenti merokok, penting untuk perokok memilih strategi yang menggabungkan sokongan dan ubat bagi membantu ketagihan nikotin mereka.
Penggunaan produk Terapi Penggantian Nikotin (NRT) seperti NICORETTE® bukan sahaja dapat membantu menangani ketagihan nikotin ketika berpuasa malah terbukti secara klinikal memberikan kadar kejayaan berhenti merokok lebih tinggi kepada perokok.
Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia, NICORETTE® hadir dalam bentuk NICORETTE® Invisi Transdermal Patch.
NICORETTE® Invisi Transdermal Patch dapat membantu mengurangkan ketagihan nikotin yang boleh dialami apabila mula berhenti merokok serta mengurangkan bilangan pengambilan rokok.
Dos nikotin yang terkawal pada tampalan ini akan diserap ke dalam aliran darah melalui kulit seterusnya membantu mengawal ketagihan pengguna selama 16 jam.
Ia perlu ditampal setiap pagi pada bahagian yang bersih, kering serta tidak berbulu seperti kulit paha, lengan, dada, atau pinggul dan dibuka pada waktu malam sebelum tidur.
Produk ini sesuai untuk penggunaan sepanjang Ramadan bagi membantu mengawal ketagihan nikotin ketika berpuasa.

Panduan penggunaan dan pemilihan dos NICORETTE® Invisi Transdermal Patch. – FOTO NICORETTE®
Penggunaan produk NRT terbukti secara klinikal memberikan kadar kejayaan berhenti merokok lebih tinggi.
Selain itu, dapatkan sokongan melibatkan kaunseling bagi membantu mengenal pasti pencetus seseorang merokok seterusnya bangunkan strategi untuk menangani pencetus tersebut.
NICORETTE® turut menawarkan sokongan yang diperlukan bagi menangani ketagihan yang dialami sepanjang berpuasa.
Lawati farmasi, klinik dan hospital berdekatan atau klik pautan ini untuk panduan mengurangkan ketagihan, mendapatkan sokongan pakar serta cara penggunaan NICORETTE® bagi persediaan Ramadan yang lebih sihat.
MAL14035012ACZ | MAL14035008ACZ | MAL14035009ACZ
KKLIU 0669/EXP 31.12.2025. Ini adalah iklan produk ubat.
Produk ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jangan gunakan produk ini jika anda mempunyai penyakit jantung yang serius, hamil atau menyusu. Tidak boleh digunakan oleh bukan perokok. Rujuk profesional penjagaan kesihatan anda sebelum digunakan.

© New Straits Times Press (M) Bhd




