Belanda 'sakit' lawan Perancis

Belanda 'sakit' lawan Perancis

Paris: Belanda kehilangan lima pemain selepas skuad terbabit mengalami jangkitan kuman menjelang aksi kelayakan Euro 2024 menentang Perancis di Paris awal pagi Sabtu ini.

Pertahanan Matthijs de Ligt dan Sven Botman, penyerang Cody Gakpo, pemain tengah Joey Veerman dan penjaga gol Bart Verbruggen terpaksa dihantar pulang oleh jurulatih, Ronald Koeman, menurut Dutch FA hari ini.

Koeman memanggil pertahanan tengah Inter Milan Stefan de Vrij, pemain tengah Bayern Munich Ryan Gravenberch dan penjaga gol Vitesse Arnhem Kjell Scherpen sebagai pengganti.

Belanda berdepan Perancis sebelum menerima kunjungan Gibraltar dalam aksi kelayakan kedua Kumpulan B, Isnin ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top