Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha mengesan dua beradik lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.
Dalam kenyataannya, SPRM berkata, individu yang dicari itu ialah Muhammad Sadon, 38, pemegang kad pengenalan 830314-01-5807 dan mempunyai dua alamat terakhir di Nombor 24, Jalan Zapin 3, Taman Skudai Baru, 81300, Johor Bahru, Johor dan 18, Jalan Angsana, Setapak, 53000, Kuala Lumpur.
Selain itu, menurut kenyataan itu, turut dikesan ialah abangnya Mohd Irwan Sadon, 40, yang memegang kad pengenalan bernombor 810714-01-5189 dengan alamat terakhir di Nombor 25, Jalan PUJ 2/12, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Johari Bero di talian 018-383 1622 dan 03-8870 0329 atau emel [email protected],” katanya.



