Tiga lelaki maut nahas dua kenderaan

Tiga lelaki maut nahas dua kenderaan

am@hmetro.com.my

Pontian: Tiga lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 5.7 Jalan Parit Semerah-Parit Kudus, berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kudus, di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku pada 5.20 petang.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, setakat ini polis belum dapat mengesahkan identiti ketiga-tiga mangsa itu.

“Siasatan sedang lanjut sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top