Umum sedia maklum mengenai konflik rumah tangga yang dialami oleh influencer, Shermine Ah Moi bersama bekas suaminya, View Chin sehingga menjadi bualan hangat ramai di media sosial.
Mana tidaknya, Ah Moi telah membongkar satu persatu bukti sikap curang bekas suaminya bersama seorang staf wanita yang dikenali sebagai Mira dengan memaparkan tangkap layar mesej ternyata mengejutkan netizen.
Bukan itu sahaja, Ah Moi mendedahkan dia sudah berpisah dengan View Chin sejak tahun lalu namun, disebabkan mahu menjaga reputasi syarikat, dia terpaksa berlakon menjadi isteri usahawan tersebut di mata khalayak ramai.
Susulan kejadian itu, Ah Moi telah membawa diri dan menerusi hantaran yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, dia memberitahu akan memulakan kerjaya baharu.
“Mulakan kerjaya, bakal menjadi duta pertama,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Mira telah mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan dimana dia memaklumkan hubungannya bersama View Chin mula berputik selepas Ah Moi bercerai dengan suaminya.
Tegasnya, dia tidak mempunyai sebarang kaitan mengenai penceraian yang berlaku dan bukan seperti mana yang didakwa oleh orang ramai sebelum ini.
Sumber: Instagram @Ah Moi





