ECRL pemangkin pembangunan Kelantan

ECRL pemangkin pembangunan Kelantan

KOTA BHARU: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di negeri-negeĀ­ri di pantai timur khususnya Kelantan yang dianggap terpisah daripada pertumbuhan pesat di Lembah Klang.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan-kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bersama-sama memanfaatkan sebaik mungkin peluang dan kemudahan pengangkutan itu untuk membawa pelaburan dan mencetuskan pembangunan baharu.

Anwar berkata, sektor peĀ­ngangkutan itu bukan sahaja untuk orang ramai dan rakyat, sebaliknya ia juga boleh digunakan untuk mengangkut bahan-bahan pengeluaran, pertanian dan industri.

ā€œKita lihat, Kelantan khususnya kurang mendapat perhatian kerana tiada pelabuhan di sini. ā€œJadi, aspek pengangkutan ini dilihat akan memudahkan untuk mengangkut pengeluaran hasil pertanian dan industri selepas ini,ā€ katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pembinaan SteĀ­sen Pertama ECRL Tunjong di Bandar Baru Tunjong di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dan Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL), Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Anwar mahu semua pihak terutama kerajaan negeĀ­ri meĀ­lakukan tindakan agresif deĀ­ngan menarik pelabur dengan menjamin beberapa insentif baharu di Kelantan.

Katanya, kerajaan Kelantan juga diharap dapat mempercepatkan kelulusan dalam satu-satu projek yang bakal dijalankan di negeri itu.

ā€œKita (kerajaan Pusat) menĀ­dapat keluhan daripada pelabur-pelabur dari China yang memaklumkan bahawa proses kelulusan menjadi masalah semasa berunding baru-baru ini.

ā€œJadi, saya percaya jalinan lebih akrab antara kerajaan Persekutuan dan negeri akan memudahkan pelaksanaan projek sekali gus memberi manfaat kepada Kelantan,ā€ ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri menafikan dakwaan projek ECRL dimonopoli oleh syarikat dari China.

Katanya, terdapat lebih 2,100 syarikat tempatan terdiri daripada kontraktor, perunding dan pembekal dalam projek itu sejak 2017. – UTUSAN

Scroll to Top