Satu demi satu pendedahan berkenaan perkahwinan Hannah Delisha dan suaminya, Imam Shah menjadi buah mulut netizen selepas ibu kandungnya memaklumkan dai tidak merestui pernikahan anaknya.
Kontroversi yang berlaku kepada pelakon cantik kelahiran Singapura ini membuatkan ibu mertuanya tampil mempertahankan menantu tersayang dengan menjelaskan beberapa perkara berhubung perkahwinan anaknya dan Hannah.
Selain itu, Hannah Delisha juga telah mengeluarkan kenyataan dengan meminta maaf kepada semua diatas kontroversi yang melanda. Dia juga akui yang dia sama seperti orang lain yang mempunyai masalah peribadi.
Namun begitu, dalam posting terbaru ibunya yang dikenali sebagai Nur Asyikin di media sosial, dia masih lagi memuat naik puisi kiasan seakan menyentuh isu perkahwinan anaknya yang didakwa tidak direstui olehnya.
Walaupun sedar bahawa luahan tersebut merupakan hak seorang ibu yang kecewa dengan anaknya, namun netizen mulai berasa bosan dengan kiasan-kiasan yang pastinya mengundang lebih banyak tanda tanya buat orang ramai.
Beberapa komen diruangan Instagram Nur Asyikin telah menyuarakan rasa kurang senang mengenai luahan tersebut kerana dilihat membuka lebih banyak aib antara keluarga mereka.
Namun begitu ada juga yang mendoakan agar hubungan anak-beranak itu kembali pulih dan dapa diselesaikan antara keluarga. Mereka juga mengakui berasa kasihan melihat ibu yang hatinya kecewa disebabkan tindakkan anak yang mungkin membelakangkannya.
Â
Â
Sumber: kakcikwujudku
Â