Pembangun kecil buat duit di App Store

Pembangun kecil buat duit di App Store

saufi@mediaprima.com.my

 

 

Satu kajian daripada badan bebas mendapati pembangun kecil di App Store memperoleh hasil 71 peratus sepanjang dua tahun lalu.

  Dapatan daripada kajian ini mendapati pembangun kecil ini lebih berdaya tahan jika dibandingkan dengan pembangun aplikasi besar.

  Kajian bebas yang dilaksanakan oleh pakar ekonomi di Analysis Group mendapati bahawa pembangun kecil di App Store mengembangkan perniagaan mereka dan menjangkau lebih ramai pelanggan di seluruh dunia, malah mengatasi pembangun yang lebih besar.

  Hasil sokongan rangkaian luas dan inisiatif App Store, pembangun kecil di seluruh dunia ditakrifkan sebagai mereka yang memperoleh pendapatan lebih RM4 juta setahun dan dengan muat turun tahunan kurang daripada 1 juta.

  Menerusi kajian baharu bertajuk ‘Pembangun Perniagaan Kecil dan Pencipta Aplikasi di App Store pada 2022, mendapati bahawa pertumbuhan hasil untuk pembangun kecil yang aktif sejak 2020 melebihi pemaju besar.

  Pembangun kecil yang merangkumi lebih daripada 90 peratus daripada semua pembangun di App Store menyaksikan peningkatan pendapatan merentas semua kategori aplikasi.

  Pembangun daripada semua saiz membina perniagaan yang berjaya sambil mendapat manfaat daripada capaian global App Store di 175 negara dan lebih 40 bahasa, dan pangkalan pemasangan Apple yang mengandungi lebih 2 bilion peranti aktif di seluruh dunia.

  Pada tahun 2022, hampir 80 peratus pembangun kecil aktif dan kira-kira 40 peratus daripada jumlah muat turun aplikasi daripada semua pembangun kecil datang daripada pengguna di luar negara asal setiap pembangun.

  Penyelidikan itu juga mendapati App Store membantu pembangun berkembang melangkaui pasukan kecil untuk meningkatkan perniagaan mereka bagi mewujudkan jangkauan seluruh dunia.

  Ramai pembangun yang menjual barangan dan perkhidmatan digital di App Store dan memperoleh lebih daripada RM4 juta pada 2022 adalah pembangun kecil.

  Pakar ekonomi juga mendapati bahawa beribu-ribu pembangun dan usahawan baharu menyertai App Store pada tahun 2022 dari seluruh dunia.

  Daripada set pembangun baharu ini, kira-kira 25 peratus datang dari Eropah, 23 peratus dari China, 14 peratus dari Amerika Syarikat, empat peratus dari Jepun dan 35 peratus dari wilayah lain termasuk Korea Selatan, India dan Brazil.

 

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top