Peminat ‘patah hati’, akui Sharnaaz & kekasih bagai pinang dibelah dua

Peminat ‘patah hati’, akui Sharnaaz & kekasih bagai pinang dibelah dua

Penampilan pelakon Sharnaaz Ahmad dan seorang wanita dipercayai teman wanitanya sewaktu hadir ke majlis Tayangan Perdana Polis Evo 3 semalam menarik perhatian ramai.

Lebih menarik perhatian apabila penampilan Sharnaaz dan wanita dikenali Amelia itu turut tular apabila ia dimuat naik oleh pihak pengurusan panggung wayang menerusi aplikasi TikTok.

Malah, pasangan sama cantik, sama padan itu dilihat menggayakan tuksedo, kemeja putih dan berpegangan tangan memasuki ruangan panggung wayang.

@tgvadmin

Ada #sharnaazahmad weiii #polisevo3 #malamgala #tgvcinemas #fyp #astroshaw

♬ original sound – properhijab – properhijab

Tidak berselindung, Amelia juga berkongsi video bersama Sharnaaz dengan membuat ‘trend transition’ sohor kini dalam sebuah bilik berserta kapsyen ‘Malam Gala Polis Evo 3’.

@amelialim__

Malam Gala Polis Evo 3 ❤️‍🔥🫶🏻#kitalagikuatboh

♬ Love me transition – Zuzi

Seperti dijangka, penampilan mereka berdua itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet apabila ada yang mengatakan ia diumpamakan seperti ‘hari patah hati sedunia’ sebaik sahaja melihat kekasih Sharnaaz.

Bagaimanapun, ramai peminat mendoakan kebahagiaan pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad,38, dengan wanita pilihan hatinya meskipun hati mereka ‘remuk’.

Mereka juga menitipkan pesanan buat Amelia agar menjaga Sharnaaz atau dikenali ‘mamu’ kerana dilihat sangat sepadan apabila bersama.

Sebelum ini, Sharnaaz mengakui dirinya sedang berkawan rapat dengan seseorang dan dalam fasa mengenali . Bagaimanapun, dirinya enggan bercerita soal peribadi secara terbuka kerana bimbang jika hubungannya pada kali ini tidak berakhir dengan baik.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017. Akan tetapi, jodoh mereka tidak berpanjangan dan dilaporkan bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia 5 tahun.

Sumber: TikTok @amelialim__, @tgvadmin

Scroll to Top