Penyanyi dan pelakon terkenal, Farah Dhiya telah berkongsi gambar duduk di atas pelamin di Instagram dengan berkongsi sekali kapsyen mengatakan yang tempat untuk pertunangan sudah pun ditempah.
Ujarnya lagi, setakat ini dia masih lagi dalam proses memilih tarikh serta calon yang sesuai untuk menjadi pasangannya.
“Tempat pertunangan sudah ditempah! Dalam proses memilih tarikh dan calon yang sesuai,” tulisnya.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai yang teruja untuk meninggalkan komen walaupun tahu penyanyi lagu Bertakhta Di hati itu sekadar berseloroh bersama pengikut Instagramnya.
Rata-rata meninggalkan komen lucu termasuklah menawarkan diri untuk menjadi pasangan kepada pemilik nama sebenar Farah Dhiya binti Mohamed Amin ini bagi duduk bersama di pelamin tersebut.
Walau bagaimanapun, mereka tetap mendoakan yang terbaik buat selebriti berusia 39 tahun itu agar segala urusannya dipermudah.




Sumber: Instagram Farahdhiya





