Sultan Nazrin berkenan berswafoto dengan pengamal media

Sultan Nazrin berkenan berswafoto dengan pengamal media

am@hmetro.com.my

Ipoh: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk memberi peluang kepada pengamal media yang mahu bergambar atau berswafoto dengan baginda.

Baginda berkenan melayan kira-kira 300 pengamal media atau wartawan yang dijemput menghadiri Majlis Santapan Malam di Istana Iskandariah, di sini malam ini, khusus sempena sambutan program Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 yang berlangsung di Ipoh.

Baginda melakukan sedemikian ketika mahu berangkat pulang meninggalkan majlis itu kira-kira jam 9.25 malam.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dan Ahli Dewan Negara Perak yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Majlis itu dianggap suatu bentuk pengiktirafan besar kepada profesyen kewartawanan di negara ini khususnya dalam penyampaian maklumat melalui pengolahan berita yang akan mencanai pemikiran dan mempengaruhi tindakan masyarakat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top