Tempoh reman buat suspek yang dipercayai menikam, membunuh dan membakar seorang wanita di Sungai Besar minggu lalu bakal dilanjutkan sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.
Memetik laporan dari Buletin TV3, Majistret Siti Hajar Ali telah memebenarkan permohonan pihak polis bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan memerintahkan supaya suspek yang berusia 20 tahun itu dilanjutkan tahanan reman.
Suspek yang direman semalam enam hari telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor kira-kira jam 8.10 pagi tadi.

Menerusi video yang dikongsikan sumber, suspek yang memakai baju tahanan reman bewarna ungu telah diiringi oleh seorang polis yang dilihat begitu tegas dalam membawanya keluar dari trak.
Suspek yang berkaki ayam diminta untuk tunduk dan berjalan cepat memasuki blok bangunan sambil dipegang dalam keadaan tangan bergari.
Tempoh reman ke atas suspek berusia 20 tahun bagi membantu siasatan kes wanita hamil dibunuh dan dibakar di kebun kelapa sawit Kampung Sungai Limau, Sungai Besar disambung sehingga Jumaat ini. pic.twitter.com/juF0JiiZsj
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 29, 2023
Susulan daripada itu, ramai yang berpuas hati dengan tindakan tegas yang dilakukan oleh pihak polis kerana begitu geram dengan jenayah yang dipercayai dilakukan suspek.



Terdahulu, seorang lelaki lepasa institusi pengajian tinggi (IPT) dipercayai telah menikam, membunuh dan membakar seorang wanita hamil 4 bulan di kawasan kebun sawit di Sungai Besar, Selangor.
Mayat mangsa telah ditemui pada 23 Mei 2023 dan ketika dikebumikan, janin di dalam kandungannya telah tiada.
Tindakan tersebut susulan bimbang kehamilan kekasihnya diketahui orang lain. Namun begitu, seorang lagi wanita telah tampil di media sosial memaklumkan yang lelaki terbabit mungkin tidak bersalah dan keadaan yang memaksa dia melakukan perkara kejam tersebut.
Sumber: Twitter Buletin TV3, Mohd Redzuan Abdul Manap, Buletin TV3 (Khairul Rizuan Azizan)




