Norreen Iman didakwa makin seksi selepas kurus? – “Baik berisi je, ada rasa malu”

Norreen Iman didakwa makin seksi selepas kurus? – “Baik berisi je, ada rasa malu”

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman didakwa semakin seksi apabila memuat naik beberapa foto antaranya menampakkan bahagian perutnya di laman Instagram.

Menerusi sebuah posting, pelakon berusia 29 tahun itu menyambut ulang tahun perkahwinan yang kesembilan bersama suami tercinta Razzi Razak di sebuah restoran mewah.

Sempena makan malam istimewa itu, Norreen dilihat mengenakan crop top berwarna hijau yang hanya menutupi bahagian dada serta skirt jeans berwarna biru sambil memegang sejambak bunga.

“Happy 9th Anniversary baba @razzirazak. I love you sooooo much. Thank you for taking care of me, understand me and always be there for me. Bini gila tapi suami cool liddat tibahh. Sayang you sangat Razzi,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen menegur penampilan pelakon drama Cina Buta itu yang dianggap berani kerana mendedahkan bahagian tertentu.

Walau bagaimanapun, rakan artis dan pengikut rata-rata memberikan ucapan ‘happy anniversary’ dan pujian terhadap bentuk badannya yang dikatakan semakin kurus.

Sumber: Instagram Norreen Iman