Jadikan MH370 bahan jenaka, pelawak Singapura anggap netizen terlalu serius

Jadikan MH370 bahan jenaka, pelawak Singapura anggap netizen terlalu serius

Video seorang pelawak wanita Singapura yang menjadikan Malaysia sebagai bahan jenakanya telah mendapat respon yang negatif daripada netizen Tanah Air.

Bukan itu sahaja, beberapa pelawak tempatan juga tidak terima dengan lontaran lawak dari Jocelyn Chia apabila menyentuh perihal MH370.

Selepas teruk dikecam dan Instagramnya diserang oleh rakyat Malaysia, pelawak wanita terbabit telah menghadkan ruangan komen dari terus menerima pelbagai reaksi negatif berhubung tindakannya.

Namun, dia seakan tidak serik dengan apa yang dilakukan kerana menganggap orang ramai tidak faham lawak yang disampaikan dan terlalu mengambil serius berhubung video tersebut.

 

Dia juga mengatakan tragedi yang telah berlaku akan akan menjadi komedi dan ia sudah terjadi sejak dahulu lagi.

T

 

Tak hanya itu, Jocelyn juga menambah bahawa qoutes tersebut sudah lama digunapakai dan semua orang bebas membuat lawak berkaitan sesuatu isu.

 

Tindakan pelawak tersebut sememangnya tidak disenangi ramai dan menggesanya untuk membuat permohonan maaf berkaitan isu terbabit.

Walau bagaimanapun, dia dilihat masih berkeras dengan apa yang dilakukan dan tetap tidak menurunkan video tersebut dari Instagramnya.

Sumber: Twitter kudsia_kahar, Instagram Jocelyn Chia

Scroll to Top