faris.fuad@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah dan kuarters kakitangannya di Kinta, Perak ditamatkan esok mengikut jadual.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia susulan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat penurunan kes, kluster terkawal, semua kes positif serta kontak rapat diasingkan.
“Hingga kini, KKM melaksanakan 774 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 457 kes dilaporkan di lokaliti itu.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di pusat itu pada 13 Mac seperti dijadualkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




