am@hmetro.com.my
Maran: Polis menahan sembilan individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Sri Jaya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, penahanan individu berusia antara 23 hingga 59 tahun itu dibuat selepas pihaknya mengesan video berdurasi 25 saat tular di media sosial membabitkan kejadian itu.
“Susulan itu, polis membuat tangkapan ke atas sembilan individu bagi membantu berhubung kejadian itu.
“Tiga daripada individu terbabit mengalami kecederaan dan sudah mendapat rawatan,” katanya dalam kenyataannya, malam ini.
Beliau mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam kerana kes masih dalam siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
