ACC: Muhammad Fadhil mahu tamatkan penentian sedekad emas ujian masa

ACC: Muhammad Fadhil mahu tamatkan penentian sedekad emas ujian masa

“Berdasarkan catatan masa dalam acara pecut berpasukan, prestasi saya berada pada tahap terbaik. Saya rasa sangat selesa pada kali ini, manakala beraksi di laman sendiri juga meningkatkan motivasi saya.

“Namun, saya sedar saingan pada tahun ini lebih sukar kerana pesaing lain juga sedang meningkatkan prestasi masing-masing, terutamanya pelumba dari Jepun dan China. Saya juga perlu berdepan cabaran getir daripada pemegang rekod Asia dan juara bertahan, Yuta Obara dari Jepun, esok,” katanya.

Kali terakhir pelumba Malaysia mengungguli acara ujian masa individu di ACC adalah pada edisi 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, menerusi Mohd Edrus Yunus.

Muhammad Fadhil sebelum ini terpaksa akur kepada Andrey Chugay dari Kazakhstan pada edisi 2020 di Jincheon, Korea Selatan, manakala pada edisi lepas di New Delhi, India, beliau ditewaskan oleh Obara.

Rabu lepas, walaupun turun tanpa dua pelumba elit – Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom – trio muda yang dibarisi oleh Muhammad Fadhil, Muhammad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah berjaya membawa pulang gangsa acara pecut berpasukan. – Bernama

Scroll to Top