LONDON – Liga Pro Saudi terus rancak pada jendela perpindahan musim depan apabila Al Hilal mendapatkan Ruben Neves sebagai pemain baharu mereka.
Kelab itu sanggup berbelanja €55 juta untuk membeli Neves dari Wolves yang masih memiliki baki kontrak setahun lagi.
Malah Al Hilal kini dilaporkan dalam proses untuk menandatangani Kalidou Koulibaly yang sudah berada di fasa rundingan terma peribadi dengan kelab itu.
Turut dikaitkan seorang lagi pemain Chelsea, Hakim Ziyech dengan kelab Al Nassr.
The Blues dikatakan sedia melepaskan duapemain itu sebagai usaha untuk mengimbangi akaun FFP mereka.
Chelsea kini bergelut untuk menjual Havertz dan Mason Mount pada harga lebih £70 juta setiap seorang pemain.
Sebelum ini Al Hilal terlepas peluang mendapatkan Messi yang menyertai Inter Miami walaupun mereka menawarkan kontrak luar biasa kepada pemain itu
Seteru mereka, Al Nassr mendapatkan Cristiano Ronaldo awal Januari lalu sebelum selain dua pemain baharu iaitu Karim Benzema dan N’golo Kante. – Agensi