Mforce lancar motosikal gaya vintaj

Mforce lancar motosikal gaya vintaj

lizamridzuan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Mforce Bike Holdings sebagai pengedar rasmi jenama Brixton di Malaysia melancarkan model motosikal gaya vintaj dan klasik Cromwell 1200.

Menerusi enjin bersesaran 1,222cc ia menjana 83 kuasa kuda (hp) pada 6,550rpm dan tork 108Nm pada 3,100rpm.

Motosikal seberat 235kg tersebut menggunakan suspensi teleskopik hadapan dan jenis boleh laras di belakang dan untuk keselamatan Brixton Cromwell 1200 dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS) dwi-saluran.

Model itu juga mempunyai dua mod tunggangan iaitu Eco dan Sport hadir dalam dua pilihan warna iaitu hitam (Backstage Black) dan hijau (Cargo Green).

Brixton Cromwell 1200 dijual pada harga bermula RM55,888 untuk 100 pelanggan pertama dan selepas itu, ia akan ditawarkan pada harga RM58,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top