KUALA LUMPUR – Isteri kepada pemain gitar kumpulan Wings, Eddie iaitu Norlela Mohd Yusof, 61, meninggal dunia petang tadi.
Eddie atau nama sebenarnya Samsaidi Ulong Idris, 55, memaklumkan isterinya menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi buah pinggang.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang selepas dua minggu mendapat rawatan.
“Isteri saya meninggal dunia ketika sedang melakukan rawatan dialisis.
“Selain masalah buah pinggang, dia juga terkena jangkitan kuman dan menyebabkan jantung menjadi lemah,” ujarnya kepada media.
Difahamkan jenazah akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette



