Berminat jadi usahawan? Sunlight Malaysia nak taja 10 wanita B40 sertai program #IbuDigital!

Berminat jadi usahawan? Sunlight Malaysia nak taja 10 wanita B40 sertai program #IbuDigital!

Bagi menunjukkan tanda sokong kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sunlight Malaysia akan menaja 10 orang wanita dari kalangan B40 untuk menyertai program #IbuDigital bermula 25 Julai hingga 31 Ogos 2023.

Program #IbuDigital adalah hasil usahasama Ibuprenuer Malaysia bagi menghargai pengorbanan wanita yang sanggup meninggalkan kerjaya mereka demi menjaga komitmen rumah tangga dan tanggungjawab keluarga.

Pada 2019, statistik menunjukkan sebanyak 63% wanita yang mengorbankan kerjayanya demi menjaga keluarga dan ini menunjukkan keperluan masyarakat stereotaip generasi serta menyokong wanita untuk mengukir peluang dan cita-cita.

Hari ini, Sunlight Malaysia telah pun memperkenalkan program Tangan Tangan Terer dengan kerjasama Ibuprenuer Malaysia di mana 10 bakal usahawan wanita di seluruh negara akan ditaja menyertai program #IbuDigital.

Dengan penganjuran ini, Sunlight Malaysia berharap dapat mengembangkan kebolehan wanita B40 untuk tingkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai cita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Melalui program Tangan Tangan Terer ini, 10 wanita dipilih untuk menerima dana sebanyak RM30,000 dari Sunlight untuk mendaftar ke program #IbuDigital.

Program #IbuDigital adalah kursus 10 modul yang akan berlangsung sepanjang dua bulan bagi melengkapkan peserta dengan pengetahuan keusahawanan mikro melalui bengkel latihan hand-on dengan pakar industri.

Modul tersebut termasuklah pemasaran digital, pembangunan produk, pengurusan kewangan, undang-undang dan jualan.

Bermula 25 Jula sehingga 31 Ogos 2023, Sunlight Malaysia mengalu-alukan semua wanita B40 Malaysia untuk mendaftar program Tangan Tangan Terer untuk mengubah hidup dan membuka peluang demi kebaikan keluarga dan komuniti.

10 finalis akan dipilih pada 15 September 2023, untuk maklumat lanjut dan pendaftaran penyertaan, layari https://www.ulmysg.com/SunlightTanganTanganTerer.

Scroll to Top