Hadi Awang terima suntikan vaksin COVID-19

Hadi Awang terima suntikan vaksin COVID-19

bhnews@bh.com.my

KUALA TERENGGANU: Mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 antara ikhtiar selain bertawakal kepada Allah, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaik sahaja selesai menerima suntikan itu hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menerima suntikan itu di Klinik Kesihatan Chendering, di sini.

“Usaha mencegah sebelum sakit itu sangat penting dan pengambilan vaksin adalah ikhtiar dalam usaha mencegah pandemik COVID-19 daripada terus merebak,” katanya kepada pemberita.

Menurut Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu, beliau sudah biasa mendapat rawatan di hospital dan suntikan itu adalah perkara biasa bagi dirinya.

Katanya, setiap dua minggu beliau akan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan prosedur vaksinasi COVID-19 yang dijalani sama seperti rutinnya mendapatkan rawatan di hospital.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top