Anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin telah berkongsi momen gembira apabila menghadiahkan ibunya sebuah kereta baru.
Menerusi perkongsian Cik B di media sosial, dia telah membuat kejutan kepada Dato’ Seri Vida atau DSV dengan mengajak ibunya untuk keluar bersama-sama sebelum menunjukkan sebuah kereta di hadapan rumah mereka.
@cikb_havoc Replying to @Sarah Nak surprise kan mama tapi banyak pulak halangan 😅 Korang nantikan next part, okay! #tiktokmalaysia #cikb #bossb #lawak #kelakar #surprise #fypシ゚viral #fypdongggggggg
Walaupun banyak halangan-halangan kecil yang menggangu kelancaran kejutan kereta buat DSV, namun Cik B akhirnya berjaya membuatkan usahawan itu tergamam apabila dihadiahkan kereta oleh anak tersayang.
Namun, ada juga momen lucu apabila Cik B sendiri terkejut dengan riben yang diletakkan di kerusi pemandu kerana biasanya aksesori tersebut diikat dibahagian luar hadiah bukan di bahagian dalam.

Di akhir video kejutan berkenaan, Cik B telah menawarkan diri untuk memandu kereta tersebut bagi membawa ibunya berjalan-jalan dengan kereta baru.
Difahamkan, kereta jenis MPV itu turut menyertakan nombor plat yang sama dengan motosikal DSV sebelum ini.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan pelbagai ragam mereka sewaktu Cik B sedang berusaha untuk membuat kejutan kepada ibunya.
Dalam pada itu, warganey turut memuji apa yang dilakukan oleh Cik B kerana terlihat hubungannya dengan ibu tercinta sangat sweet.



Sumber: TikTok cikb_havoc




