Kedekatan pelakon hebat, Hairul Azreen dengan anak-anaknya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sememangnya kerap menjadi perhatian ramai sejak mereka kecil lagi.
Terbaru, video yang dikongsikan isteri kepada Hairul iaitu Hanis Zalikha berkenaan tindakan suami membantu anak sulung mereka, Yusuf mencabut gigi susu telah menjadi sorotan.
Dalam hantaran yang dimuat naik, Yusuf dilihat duduk tenang sebelum bapanya dari belakang menolak keluar gigi susu yang telah goyang dan tertanggal.
Apa yang menarik perhatian sudah tentu reaksi kanak-kanak berusia tujuh tahun itu yang langsung tidak menangis dan tetap ceria walaupun gusinya sedang berdarah.
Hanis yang akui sebak dengan momen tersebut akui terus teringat akan anaknya sewaktu kecil dengan pelbagai telatah dan ragam yang comel tanpa sedar Yusuf sudahpun semakin meningkat usia.
“Dah gigi susu yang ketiga cabut. Setiap kali cabut gigi means my boy is getting bigger. Dan setiap kali itulah Mommy sebak terkenang moment dia masih jalan kedek-kedek, perut kedepan, semua sayur makan, tidur nak bawah ketiak (yang ni masih going strong), dan rambut curly wurly. I love you so much son! Thanks Daddynya selamba patahkan gigi tu ,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji keberanian Yusuf yang langsung tidak menangis walaupun dalam keadaan sakit.
Mereka juga akui bahawa apa yang dilalui oleh anak sulung pasangan selebriti itu sesuatu yang normal dan ramai yang mempunyai pengalaman sama sewaktu kanak-kanak.





Sumber: Instagram Hanis Zalikha




