LONDON – Pemain muda, Hannibal Mejbri sah menandatangani kontrak lanjutan jangka masa panjang bersama Manchester United baru baru ini.
Pemain berbakat yang memiliki rambut lagenda Colombia, Carlos Valderrama dibeli United dari AS Monaco sejak tahun 2019.
Dia yang baru berusia 18 tahun dilihat menjadi prospek besar bersama skuad utama United pada masa akan datang.
Mejbri pantas menyesuaikan diri dengan pasukan pelapis United apabila beraksi bersama skuad bawah 23 tahun walaupun masih muda.
Pemain kelahiran Perancis itu juha diberi peluang untuk menjadi pemain pasukan pertama di kelab itu.
Mejbri membuat debut pertama bersama pasukan seniornya untuk pasukan United U21 menentang Salford City pada Piala EFL 2020-21 pada 9 September 2020.
Pemain tengah yang tersusun bola, ketua pengembangan pasukan di United, Nicky Butt membandingkan Mejbri dengan bekas rakan sepasukannya David Beckham dan Roy Keane kerana kemahiran kepemimpinannya. – MalaysiaGazette