AS, India bakal kerjasama dalam pemulihan pasca-Covid-19 di Asia

AS, India bakal kerjasama dalam pemulihan pasca-Covid-19 di Asia
India dan Amerika Syarikat (AS) berhasrat bekerjasama rapat untuk menyokong pemulihan global yang kukuh selepas pandemik Covid-19. (Gambar Ap)

WASHINGTON: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen dan Menteri Kewangan India Nirmala Sitharaman bersetuju untuk mengadakan kerjasama rapat dalam pemulihan ekonomi global pasca-Covid-19, lapor Sputnik.

“Awal hari ini, Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen bercakap dengan Menteri Kewangan India Nirmala Sitharaman.

“India rakan penting di Asia dan Yellen berhasrat bekerjasama rapat untuk menyokong pemulihan global yang kukuh selepas pandemik Covid-19 (dan) memerangi ketaksamaan,” demikian menurut kenyataan Jabatan Perbendaharaan pada Isnin.

Mereka juga sepakat untuk memajukan agenda iklim.

Scroll to Top