Pekerja mahir kejuruteraan, AI diperlukan pelabur asing di Malaysia

Pekerja mahir kejuruteraan, AI diperlukan pelabur asing di Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi tumpuan untuk meningkatkan keupayaan kemahiran tenaga tempatan khususnya dalam  bidang kejuruteraan dan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil penerimaan pelaburan daripadasyariat-yarikat besar diraih negara ketika ini.

Menurut beliau, dalam perbincangan bersama pelabur-pelabur  seperti dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk; Syarikat automotif China, Geely dan Infineon Technologies AG (Infineon),Malaysia perlu mengembangkan kemahiran tenaga tempatan.

“Soal ekosistem ini benar. Perbincangan kita dengan Elon Musk, Tesla, Geely dan Infinion yang melabur lima bilion euro di Kulim Hi-Tech, semua menyatakan sementara tahap latihan kejuruteraan kita itu memuaskan, tetapi ada yang kurangnya kemahiran yang patut kita berikan perhatian,” kata Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini..

Kata Anwar, keperluan perkara tersebut sudah disampaikan kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Naib Canselor (di universiti) supaya mereka memberi laluan dan tumpuan dalam penerokaan bidang baharu termasuk pengkhususan dalam bidang AI.

“Geely menyebut sementara jurutera kita mencapai  tahap sangat baik, namun kita masih memerlukan tahap kepakaran khusus dalam bidang automotif dan industri.

“Dalam perbincangan,  mereka juga menetapkan bidang-bidang disiplin khusus yang diperlukan supaya dapat dimulakan latihan di universiti tempatan dan mencapai keperluan pekerja mahir,” katanya. – UTUSAN

Scroll to Top