Skuad boling wanita negara raih perak di Kejohanan Dunia

Skuad boling wanita negara raih perak di Kejohanan Dunia

Skuad boling negara meraih pingat perak di Kejohanan Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa menerusi acara berpasukan wanita di Kuwait Bowling Sporting Club, malam Ahad.

SKUAD boling negara mengakhiri kempen mereka di Kejohanan Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) dengan pingat perak menerusi acara berpasukan wanita di Kuwait Bowling Sporting Club, malam Ahad.

Kuintet negara terdiri daripada Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Esther Cheah, Gillian Lim dan Nora Lyana Nastasia Norkamal terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua selepas tewas 1-2 dengan Korea Selatan di final.

Skuad Malaysia tewas 177-211, 207-169, 203-214 kepada Korea Selatan.

Pasukan boling negara mara ke final selepas menumpaskan Singapura 2-1 sementara Korea Selatan mengalahkan China 2-0.

Scroll to Top