
Pertahanan Wales, Ben Davies (tengah) meraikan kejayaan pasukannya menewaskan Croatia. – Foto AFP
WALES menghidupkan peluang layak ke Euro 2024 selepas Harry Wilson meledak dua gol untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Croatia di Cardiff pada Isnin.
Pasukan kendalian Rob Page itu berada di kedudukan kedua dalam Kumpulan D dengan Croatia kini berisiko terlepas kejohanan besar buat kali pertama sejak Piala Dunia 2010.
Kedudukan Page sebagai pengendali Wales diragui selepas permulaan buruk bagi kempen kelayakan pasukan itu.
Kekalahan 2-4 di tempat sendiri kepada Armenia dan tewas 0-2 kepada pendahulu kumpulan, Turki pada Jun memperlihatkan kemungkinan harapan mereka untuk mara ke Euro buat kali ketiga berturut-turut akan musnah.



