
Pemain Malaysia, Corbing Ong (kanan) diasak pemain Tajikistan Shukurov Alisher (kiri) pada perlawanan Akhir Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam Selasa. – Foto Bernama
HARIMAU Malaya terpaksa menelan kepahitan selepas tewas kepada Tajikistan 0-2 dalam aksi final Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa.
Skuad kendalian Petar Segrt yang dilaporkan tidak dapat membawa 15 pemain utama mereka tampil dengan permainan agak tersusun sebaik perlawanan dimulakan.
Tajikistan menghadirkan ancaman pada minit ke-12 menerusi percubaan pemain tengah Shukurov Alisher namun percubaannya ditampan oleh Ahmad Syihan Hazmi.
Harimau Malaya membalas melalui rembatan jarak jauh Brendan Gan yang terus menuju ke dakapan penjaga gol Tajikistan, Barotov Daler.



