Terbuka Denmark: Tze Yong ditunjuk jalan keluar lebih awal

Terbuka Denmark: Tze Yong ditunjuk jalan keluar lebih awal

Tze Yong gagal kekal rentak kemenangan ke atas Guang Zu apabila tewas pada pusingan pertama Terbuka Denmark pada Rabu.

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Denmark apabila tewas 18-21, 11-21 kepada pemain China, Lu Guang Zu di Arena Jyske Bank, Odense pada Rabu.

“Saya tidak bermain dengan baik, mungkin disebabkan tubuh badan saya belum pulih sepenuhnya (selepas beraksi sehingga final Terbuka Artik 2023, Ahad lalu). Ini adalah pengalaman yang saya boleh belajar.

“Itu adalah final pertama saya. Jadi saya perlu belajar lagi bagaimana cara untuk mengawal situasi bagi menghadapi kejohanan seterusnya,” kata Tze Yong kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kekalahan itu menyaksikan Tze Yong gagal meneruskan rentak kemenangan ke atas Guang Zu selepas dia menewaskan lawan sama pada aksi suku akhir Terbuka Artik di Vantaa, Finland minggu lalu.

Scroll to Top