Sukan Para Asia 2022: Giliran atlet ‘luar biasa’ bukti kehebatan

Sukan Para Asia 2022: Giliran atlet ‘luar biasa’ bukti kehebatan

Seramai 113 atlet ‘luar biasa’ negara akan membuktikan kehebatan mereka apabila temasya Sukan Para Asia 2022 menyingkap tirainya secara rasmi, di bumi Hangzhou esok. – Foto Bernama

SELEPAS 13 hari Sukan Asia 2022 menutup tirai, kini tiba giliran 113 atlet ‘luar biasa’ negara bagi membuktikan kehebatan mereka apabila temasya Sukan Para Asia 2022 menyingkap tirainya secara rasmi, di sini esok.

Turun dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi, hampir pasti kejutan bakal dijelmakan satu persatu atlet para negara yang akan membawa cabaran negara menerusi pembabitan dalam 14 daripada 22 sukan yang bakal dipertandingkan di bumi Hangzhou.

Acara sukan yang disertai kontinjen negara kali ini membabitkan memanah, olahraga, badminton, berbasikal, powerlifting, menembak, renang, ping pong, bola keranjang berkerusi roda, lawan pedang berkerusi roda, tenis berkerusi roda, boccia, bola sepak buta dan boling padang.

Jika pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, 15 pingat emas disasarkan namun, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tampil dengan pendekatan formula sasaran pingat tanpa warna apabila menetapkan keseluruhan 35 pingat bagi kontinjen negara ke Sukan Para Asia kali ini.

Scroll to Top