Nik Sharif enggan Penyu ‘menangis’ lagi

Nik Sharif enggan Penyu ‘menangis’ lagi

Nik Sharif (tengah) bersama rakan sepasukan enggan berasa selesa dengan kelebihan satu gol apabila akan melayan kunjungan KL City dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Kuala Nerus awal bulan depan. – Foto FB Terengganu FC

KEKALAHAN di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC menerusi penentuan sepakan penalti pada separuh akhir Piala FA beberapa bulan lepas, masih segar dalam ingatan penyerang Terengganu FC Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim.

Beliau yang meledak gol kemenangan ketika skuad Penyu menewaskan KL City 2-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, Sabtu lepas berkata, episod mengecewakan itu tidak harus berulang.

Justeru, katanya, beliau dan rakan sepasukan akan menggunakan segala kelebihan yang ada ketika menerima kunjungan juara 2021 itu bagi pertembungan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, 3 November ini.

“Bagi saya secara peribadi kita tidak mahukan air mata lagi selepas pada Piala FA kita kalah dengan mereka menerusi penalti, kami betul-betul akan berjuang sehabis baik untuk rebut slot final,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

Scroll to Top