ATLET Malaysia yang sudah mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 belum boleh menarik nafas lega kerana keistimewaan itu bukan tiket buat mereka untuk diserap ke dalam program Road To Gold (RTG).
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, RTG adalah inisiatif tambahan buat atlet berpotensi membutirkan pingat emas untuk negara di Olimpik, bukan mereka yang hanya layak ke temasya terbesar dunia itu.
Justeru beliau yang juga Pengerusi bersama Jawatankuasa RTG menambah, satu perbincangan akan diadakan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Selasa bagi menentukan sama ada terdapat tambahan atlet atau sebaliknya dalam program itu.
“Jawatankuasa RTG akan bermesyuarat minggu depan dan senarai atlet akan dibincangkan. Kena ingat RTG adalah ‘topup service’ kepada atlet berpeluang untuk menang emas dan bukannya layak ke Olimpik.