RTG nilai tambah buat Aniq baiki prestasi – PABM

RTG nilai tambah buat Aniq baiki prestasi – PABM

Laporan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Ayub

PEMILIHAN jagoan angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan sebagai atlet terbaharu yang tersenarai dalam program Road to Gold (RTG) disifatkan sebagai petanda positif.

Malah, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat yang gembira pemilihan Aniq turut berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Jawatankuasa RTG.

“Penyertaan atlet ini dalam Program RTG ini akan memberikan kelebihan kepada Aniq untuk sentiasa meningkatkan prestasi semasa untuk layak ke Sukan Olimpik.

“Ini kerana kedudukan ranking dunia angkat berat ini sentiasa berubah serta mendapatkan keperluan sukan bagi membolehkan kedudukan ini dapat ditingkatkan ke kedudukan yang lebih baik,” katanya pada Selasa.

Scroll to Top