Tze Liang buru tiket Paris 2024

Tze Liang buru tiket Paris 2024

Tze Liang bersama pingat perak selepas menjuarai acara 3m papan anjal lelaki akhir pada Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2023 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.

PENERJUN berpengalaman negara Ooi Tze Liang meletakkan sasaran untuk kembali beraksi di temasya Paris 2024 setelah terlepas tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020,

Walaupun tidak banyak penambahbaikan dapat dilakukan dalam teknik terjunan, namun penerjun yang bakal menginjak usia 30 tahun bulan ini berharap mampu kekal konsisten menjelang Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar pada Februari tahun depan, yang menawarkan slot ke Olimpik Paris.

“Sebanyak 18 penerjun terbaik acara 3m papan anjal lelaki bukan sahaja berentap di separuh akhir tetapi juga memperoleh kelayakan secara merit ke Sukan Olimpik.

“Hanya empat slot dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki. Jadi, saya rasa peluang lebih cerah untuk layak dalam acara individu,” katanya kepada pemberita di Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2023 berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Scroll to Top